Monday, January 3, 2011

Bulan Jan 2011

Dalam sekelip mata sudah 3 hari kita berada di bulan Jan 2011, diharap dengan kehadiran tahun 2011 akandiberi pelbagai manafaat yang baik kepada saya dalam segala aspek sama ada duniawi mahupun akhirat...saya boleh letak beribu-beribu azam tapi bagi saya biarlah setiap hari adalah azam baru bagi saya..oleh itu, saya akan cuba yang terbaik dan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan harian...


Dalam tahun ni jgk umur saya beranjak ke satu tahun lagi, ini menunjukkan zaman saya kebudak-budakan sudah perlu dilupakan kerana banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.. Saya perlu berani dan yakin membuat perubahan agar dapat membentuk peribadi yang lebih bertanggungjawab di masa depan..Orang2 sekeliling cakap, umur sekarang ni dah elok sgt kahwin, tapi apakah daya jodoh masih tiada.. tu tak menjadi masalah biarlah ia datang selari dengan kehidupan yang lebih tersusun nnt..InsyaALLAH..

Di harap tahun ini, akan memberi pelajaran dan membentuk diri saya menjadi seorang yang berguna di sisi keluarga, kawan-kawan,agama dan sebagainya yang mampu untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.aminnn.. (^^,)

No comments:

Post a Comment